Selamat Tinggal – Kaodim Hentikan Operasi 

Diterbitkan pada July 1, 2022. oleh .

Kaodim kini telah menghentikan operasi, sekaligus menutup akaun sosial mereka, disamping mengubah paparan laman rasmi dalam hanya memaparkan informasi berkaitan kepada para pengguna.

Bagi yang tidak mengenali akan Kaodim, sebelum ini mereka menyediakan kemudahan untuk mencari penyedia perkhidmatan seperti membaiki rumah, membersihkan rumah, membaik-pulih sesuatu perkara seperti penghawa dingin dan sejumlah perkhidmatan lain.

Dengan tamatnya operasi Kaodim, kini pengguna perlu bergantung kepada beberapa penyedia alternatif, seperti Recommend dan lain-lain dalam menikmati ciri lebih kurang sama.

komen


© Amanz / 2023 Kami