Cari @ Amanz

Ducati akan menjadi pembekal tunggal motosikal elektrik untuk kejohanan FIM MotoE bermula mula 2023 kelak. Disember lalu motosikal elektrik Ducati V21L yang akan digunakan ini diperlihatkan tanpa sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan kemampuannya di atas litar kelak.

Minggu ini akhirnya Ducati mengesahkan V21L mempunyai kelajuan maksimum 275 km/j yang dicatatkan di litar Mugello ketika sesi ujian. Memang laju tetapi masih di belakang rekod litar 364 km/j yang dicatatkan oleh motosikal bahan api fosil Ducati yang ditunggang oleh Jorge Martin.

Motor elektrik V21L mampu menghasilkan output kuasa 148 HP dengan 140 Nm tork. Berat motosikal pula ialah 225 kh yang jauh lebih tinggi berbanding berat MotoGP sekitar 157. Baterinya sahaja seberat  110 kg dengan kapasiti 18 kWh.

Ujian untuk V21L akan diteruskan bagi meningkatkan lagi prestasinya di litar. Apabila kejohanan MotoE bermula kelak, data yang dikumpul dari perlumbaan akan digunakan pula oleh Ducati untuk melancarkan motosikal elektrik prestasi tinggi mereka untuk dijual kepada orang ramai.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd