Carian
Syarikat Telekomunikasi Utama Dijangka Tawar Khidmat Rangkaian 5G Menjelang September 2022
July 2, 2022 Aman

Para pengguna kini dijangka akan dapat menikmati perkhidmatan 5G melalui syarikat telekomunikasi utama secara berperingkat, menjelang September 2022.

Hal ini dikongsikan Menteri Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini. Pelbagai syarikat telekomunikasi kini akhirnya bersetuju dengan model DNB, dan diberikan tempoh sekitar dua bulan dalam melaksanakan pelbagai penilaian.

Sebelum ini, pada tarikh akhir yang diberikan iaitu 30 Jun 2022, keenam-enam syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk mendapatkan pegangan pada DNB. Mereka akan diberikan tempoh seminggu sehingga 8 Julai untuk proses tandatangan dan sebagainya.

Selari semua ini, kerajaan kini menyasarkan pengguna akan dapat menikmati perkhidmatan 5G melalui talian utama mereka secara berperingkat menjelang September 2022 kelak.

Buat masa ini, rangkaian 5G telah meliputi 25% kawasan berpenduduk di Malaysia. Tetapi, hanya satu syarikat telekomunikasi sahaja yang menawarkannya, iaitu Yes.

Komen