MyCC : Akta Persaingan 2010 Tidak Tertakluk Kepada Sektor Telekomunikasi

Diterbitkan pada July 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini memaklumkan yang mana Akta Persaingan 2010 adalah untuk sebarang aktiviti komersil di Malaysia, tetapi ia tidak tertakluk kepada empat sektor. Salah satunya adalah melibatkan kepada sektor telekomunikasi dan multimedia.

MyCC berkongsi berkenaan perkara ini apabila diminta campur tangan dalam urusan penggabungan Digi dan Celcom untuk membentuk syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia. Sejumlah pihak tidak bersetuju dengannya, termasuk beberapa pengguna yang bimbang sebarang pelan langganan mereka akan menjadi lebih mahal, atau rangkaian lebih rendah lanjutan gabungan ini.

MyCC mengatakan sektor telekomunikasi ini adalah tertakluk dibawah SKMM.

Pada minggu lepas, SKMM telah meluluskan gabungan Celcom dan Digi, tetapi dengan beberapa syarat-syarat, termasuk mengasingkan atau menjual Yoodo.

komen


© Amanz / 2022 Kami