Cari @ Amanz

Peta Jendela merupakan salah satu peta liputan rangkaian telekomunikasi yang disediakan oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Terbaru, Peta Jendela telah pun melalui kemaskini, sekaligus turut menawarkan paparan liputan rangkaian 5G, serta membuang liputan rangkaian 3G.

Apa yang menariknya mengenai Peta Jendela adalah anda boleh melakukan tapisan dan melihat paparan peta mengikut sesuatu penyedia khidmat telekomunikasi. Ini adalah termasuk untuk semua generasi liputan, termasuk 4G dan juga 2G.

Untuk liputan 5G, buat masa ini, hanya Yes sahaja yang menyediakan perkhidmatan mereka kepada pengguna awam, dan syarikat telekomunikasi lain dijangka menyusul selepas ini.

Bagi anda yang ingin menyemak data liputan rangkaian telekomunikasi di Malaysia, boleh melayari laman Jendela Maps hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd