Cari @ Amanz

Petal Maps menjadi aplikasi pemetaan rasmi pada peranti Huawei sebagai alternatif kepada Google Maps dan Waze yang memerlukan sokongan GMS yang telahpun dihalang. Hari ini Huawei mengumumkan kemas kini kepada Petal Maps bagi memberikannya ciri yang lebih setanding dengan aplikasi pemetaan lain di pasaran.

Kemas kini pertama ialah sokongan mod malam yang lebih baik dengan peta menunjukkan kesan lampu jalan serta bangunan persekitaran ketika memandu pada jalan yang sedang digunakan. Turut ditambah ialah 26,000 model bangunan secara tiga dimensi. Antara yang boleh dilihat dalam Petal Maps ialah Menara Berkembar PETRONAS, Menara Eiffel dan London Eye. Peta turut akan memaparkan pokok-pokok serta kesan cuaca seperti hujan dalam peta.

tal M

Akhir sekali Petal Maps juga boleh menunjukkan keadaan suhu dan kelembapan udara terus di dalam peta. Dengan kesemua ciri ini pengguna Petal Maps dapat mengetahui lebih lanjut mengenai bukan sahaja keadaan trafik di destinasi tetapi juga keadaan cuacanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd