Amazfit Band 7 Tertiris Dengan Bateri Yang Boleh Bertahan Hingga 18 Hari

Diterbitkan pada July 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bukan sahaja jam tangan, tetapi Amazfit juga mempunyai rangkaian gelang tangan pintar tersendiri. Dalam perkembangan terkini, variasi baharu untuknya telah tertiris sekaligus memberi bayangan seolah-olah ia bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini. Dikenali sebagai Amazfit Band 7, ia akan menjadi model kemas kini untuk Amazfit Band 5 yang diumumkan sebelum ini.

Spekulasi awal mengatakan gelang pintar ini mempunyai sejumlah besar persamaan seperti seutas Redmi Smart Band Pro. Skrin sebesar 1.47-inci AMOLED beresolusi 194 X 368 piksel digunakan. Tubuh pula berbentuk segi empat memanjang dengan padanan tali sejenis silikon. Terdapat dua pilihan warna yang mungkin tersedia yang merangkumi hitam dan putih.

Seterusnya, ia turut dimuatkan dengan sebilangan sensor pemantauan kesihatan dan kecergasan terbina. Ini termasuklah sensor kadar degupan jantung optik PPG, pemantauan pola tidur dan tahap tekanan harian. Sejumlah ciri dan fungsi asas turut disertakan seperti pemberitahuan pintar, tetapan penggera, maklumat cuaca dan banyak lagi.

Dengan bateri 230mAh, ia dikatakan mampu beroperasi sehingga 18 pada penggunaan biasa. Kemudian, berkurang menjadi 9 hari untuk penggunaan berat. Sebagai tambahan, ia turut melepasi penarafan kalis air 5ATM dan tambahan pantas boleh dibuat menggunakan sambungan Bluetooth 5.2.

komen


© Amanz / 2022 Kami