Realme Menjadualkan Pelancaran GT2 Master Explorer Edition Pada 12 Julai

Diterbitkan pada July 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelancaran untuk Realme GT 2 Master Explorer telah dijadualkan berlangsung pada bulan ini. Namun begitu, tarikh pelancaran khusus menjadi tanda tanya sehinggalah ia kini didedahkan secara terbuka. Melaluinya, peranti berkenaann bakal diumumkan secara rasminya pada 12 Julai 2022 dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung di China.

Tiada maklumat lanjut mengenai perkakasan dalaman dan rekaan yang didedahkan buat masa ini. Ia bagaimanapun dikatakan bakal hadir dengan cip terkini Qualcomm iaitu Snapdragon 8+ Gen 1. Di samping itu, ia juga dijangka hadir dengan sejumlah pembaharuan, terutamanya unntuk aspek kemasan luaran. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak bagi melihat penawaran penuh pada peranti.

Sebagai selingan, Realme GT Neo3 baru sahaja dilancarkan di Malaysia tempoh hari dengan tanda harga RM1,999. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami