Tablet Huawei MatePad 2022 (WiFi) Kini Di Malaysia – Berharga RM1299

Diterbitkan pada July 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei MatePad 2022 (WiFi) kini telah tersedia di Malaysia dan ia boleh didapati pada RM1,299. Melihat pada namanya anda juga sudah boleh mengagak ia adalah variasi terkini yang ditawarkan oleh Huawei. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian Huawei dan hadiah berupa Huawei Smart Keyboard bernilai RM399 turut ditawarkan untuk setiap pembelian.

Huawei MatePad 2022 dilengkapi skrin bersaiz 10.4-inci IPS LCD dengan resolusi 2000 X 1200. Cip Kirin 710A turut digunakan dengan padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ia turut menyokong ruang tambahan menerusi kad microSD yang boleh diperluaskan sehingga 512GB.

Kamera utama sebesar 13MP, manakala kamera swafoto pula adalah 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri berkapasiti 7250mAh, menjalankan sistem operasi HarmonyOS 2.0, bluetooth 5.1, port sambungan USB-C dan banyak lagi. Sebagai pilihan, anda juga boleh mendapatkan Huawei MatePad 2022 dalam versi LTE yang dijual pada RM1,599.

komen


© Amanz / 2022 Kami