Carian
Data 1 Bilion Warga China Dijual Pada Harga Hanya RM892,000 Di Pasaran Gelap
July 5, 2022 Effi Saharudin

Berapakah nilai data anda. Berdasarkan apa yang berlaku ke atas data milik 22.5 juta rakyat Malaysia yang digodam tempoh hari, nilainya adalah sekitar $10 ribu sahaja. Kini data yang didakwa milik 1 bilion warga China yang digodam dijual di pasaran gelap pada harga 10 BTC (~RM892,000) sahaja.

Penggodam yang menggunakan nama ChinaDan mendakwa data diperoleh selepas pangkalan data Polis Shanghai berjaya diakses oleh beliau. Saiz keseluruhan data ialah 22 TB mengandungi nama sebenar, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan berbilion rekod jenayah. Menurut beliau lagi data digodam dari storan awanan AliBaba Cloud.

Kerentaann yang amat serius ini pastinya merisaukan kerana China mempunyai 1.4 bilion penduduk dan lebih 70% data peribadi kini dijual pada harga yang amat rendah – $ 0.000892 sekepala.

Beberapa kes godam di China sebelum ini berjaya mendedahkan kewujudan kem tahanan warga Uighur lengkap dengan rekod penahanan, gambar tangkapan dan ribuan bukti video kekejaman ke atas golongan minoriti etnik ini walaupun dinafikan oleh Beijing.

Komen