Yamaha Menghasilkan Pemain Piring Hitam Maya Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jualan piring hitam melonjak naik sejak beberapa tahun yang lalu sehingga memintas jualan cakera padat. Generasi baharu kembali ke medium analog kerana merasakan ia lebih menarik berbanding teknologi penstriman digital. Yamaha Design Laboratory telah melancarkan sebuah pemain piring hitam maya yang berfungsi dengan sebuah telefon pintar.

Pemain piring hitam TurnT kelihatan seperti pemain biasa – hadir dengan lengan membaca lekuk piring hitam dengan tubuh berbentuk segi empat tepat. Muzik hanya dapat dimainkan apabila kepala lengan pembaca menyentuh skrin telefon pintar yang memaparkan sebuah piring hitam maya yang berputar.

Seperti sebuah pemain piring hitam sebenar, muzik akan bertukar apabila diletakkan pada kedudukan berbeza di atas piring hitam. Piring hitam maya boleh ditukar pada skrin telefon apabila perlu. Sebuah speaker dan tombol laras audio juga diletakkan di bahagian hadapan TurnT. Pada waktu ini TurnT hanyalah sekadar produk konsep tanpa perancangan menawarkannya kepada umum.

komen


© Amanz / 2022 Kami