Air New Zealand Menawarkan Pod Tidur Untuk Penumpang Ekonomi Menjelang 2024

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemampuan untuk tidur baring dalam kapal terbang hanya diberikan kepada pemegang tiket kelas pertama dan perniagaan. Bagi yang membeli tiket ekonomi, tidurlah mereka dalam keadaan duduk sepanjang perjalanan. Air New Zealand ingin melakukan perubahan besar pada pesawat Boeing 787-9 Dreamliner mereka.

Menjelang 2024, Air New Zealand akan menawarkan kerusi Skynest dan Skycouch kepada penumpang kelas ekonomi. Skynest ialah pod tidur berbaring yang diletakkan di bahagian belakang yang sebelum ini diperlihatkan sebagai konsep sahaja. Enam penumpang tidur dalam setiap pod Skynest seperti bilik hotel kapsul di Jepun. Setiap ruang tidur adalah sebesar 200 cm dan selebar 58 cm. Bantal, selimut dan pod pengecas USB turut ditawarkan pada setiap pod tidur.

Seterusnya ialah Skycouch yang menggabungkan tiga kerusi kelas ekonomi menjadi katil lengkap dengan tilam. Ibu bapa yang terbang bersama anak boleh mengubah kerusi mereka menjadi tempat anak berbaring dengan lebih selesa. Turut ditawarkan kepada penumpang ekonomi ialah Sky Pantry untuk mereka minum dan makan dalam ruang yang lebih selesa.

komen


© Amanz / 2022 Kami