Xiaomi telah memperkenalkan siri telefon pintar Xiaomi 12S bersama kerjasama pihak Leica secara rasminya malam tadi. Ia hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik, terutamanya pada bahagian kamera.
Apa pun, agak mendukacitakan kerana peranti tersebut seperti tidak akan hadir ke pasaran tempatan.
Menurut pihak Xiaomi berkaitan pertanyaan kami, Xiaomi mengatakan siri Xiaomi 12S akan ditawarkan secara eksklusif di China sahaja.
Apa pun, Xiaomi turut mengatakan kerjasama strategik dalam teknologi pengimejan adalah untuk jangka masa panjang, dan akan melangkaui skop siri ini, termasuk untuk pasaran global.
Ini bermakna, mungkin kita akan melihat telefon pintar dibawah siri Xiaomi lain yang mungkin akan menjadi terawal dipasarkan bersama Leica untuk pasaran global.
Atau mungkin juga Xiaomi mengubah keputusan berkaitan perkara ini dalam bulan-bulan akan datang?