OnePlus Nord 2T adalah peranti kelas pertengahan premium OnePlus baharu yang dilancarkan pada bulan Mei lalu. Ia hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED 90Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 1300 yang dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM, dan storan mencapai 256GB. Bateri peranti adalah 4500mAh, ia turut menyokong pengecasan pantas 80W SuperVOOC. Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera 50MP (OIS) + 8MP ultra-lebar + 2MP kedalaman dan kamera swafoto 32MP.
Pihak OnePlus Malaysia baru-baru ini mengesahkan yang peranti ini akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Bersama-sama dengan peranti ini adalah, OnePlus Nord CE 2 Lite turut akan dilancarkan sekali.

OnePlus Nord CE 2 Lite adalah peranti kelas pertengahan asas dengan skrin LCD 120Hz bersaiz 6.59-inci. Walaupun LCD, ia turut menyokong pengimbas cap jari bawah skrin untuk menyahkunci peranti. Ia dijana dengan cip Snapdragon 695 5G, memori sehingga 8GB RAM dan storan mencapai 128GB UFS 2.2. Kamera peranti adalah 64+2+2 Megapixel dengan kamera swafoto 16MP. Bateri peranti pula adalah 5000mAh dengan pengecasan 33W. OnePlus juga masih menyertakan port bicu audio pada peranti ini.

Kedua-dua peranti OnePlus Nord 2T dan OnePlus Nord CE 2 Lite ini menjalankan Oxygen OS 12.1 berasaskan Android 12. Ia akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai akan datang. Sama-sama kita nantikan tarikh pelancaran ini untuk tahu apakah harga jualannya nanti.