Cari @ Amanz

Amazfit T-Rex 2 hari ini secara rasmi dilancarkan secara rasmi di Malaysia selepas harga jualannya diumumkan semalam. Jam tangan pintar tahan lasak ini bukan sahaja mempunyai ketahanan bateri sehingga 45 hari malah mempunyai kemampuan tahan lasak sehingga suhu panas melampau, sejuk melampau dan kalis air masin sehingga 96 jam. Piawaian ketahanan yang dilepasi jam tangan ini ialah MIL-STD-810G.

Amazfit T-Rex 2 dilengkapi skrin sebesar 1.39-inci AMOLED dengan resolusi 454 x 454 piksel. Seterusnya, ciri pemantauan kesihatan seperti kadar degupan jantung, SpO2, paras tekanan setiap hari dan sewaktu dengannya turut disertakan.

Kemudian, lebih daripada 150 mod sukan terbina dengan kebolehan mengesan aktiviti secara automatik turut disertakan untuk kemudahan pengguna.

Bateri 500mAh yang digunakan boleh menawarkan penggunaan sehingga 24 hari (mod biasa), 45 hari (mod penjimatan bateri) dan 10 hari (mod ekstrem). Di Malaysia ia ditawarkan dalam warna menarik Astro Black & Gold, Ember Black dan Wild Green.

Dalam tempoh promosi, 100 pembeli terawal Amazfit T-Rex 2 akan turut menerima botol air berjenama Amazfit dan pelindung skrin tahan lasak secara percuma serta berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah Powerbuds Pro, GTS 2 Mini dan Band 5.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd