Cari @ Amanz

Xiaomi Mi MIX Fold adalah peranti dengan skrin boleh-lipat pertama Xiaomi yang dijual kepada umum. Peranti ini sehingga hari ini masih lagi dijual secara eksklusif di pasaran China dan turut merupakan peranti Xiaomi yang menggunakan cip pengimejan tersendiri Xiaomi Surge C1.

Terkini, Digital Chat Station mendedahkan yang Xiaomi Mi MIX Fold 2 akan hadir dengan kamera 50MP dengan teknologi Leica. Tetapi beliau tidak menyatakan sama ada, adakah ia sensor yang sama dengan Xiaomi 12S Ultra, iaitu sensor Sony Leica IMX989 1-inci dengan saiz 50.3MP. Mi MIX Fold 2 turut dikatakan akan menyokong rakaman video Dolby Vision HDR seperti siri Xiaomi 12S yang lain.

Peranti ini dijangka akan hadir dengan skrin 8-inci ketika dibuka dan skrin di luar pula adalah 6.5-inci ketika ditutup. Teknologi skrin dikatakan adalah 2.5K LTPO 120Hz untuk luar dan dalam dengan kesan lipatan yang semakin berkurangan. Tebal peranti juga dikatakan berbeza, dengan sebahagian adalah lebih tebal daripada satu lagi. Xiaomi turut akan kekal menggunakan cip Xiaomi Surge C1 untuk kamera mereka.

Xiaomi Mi MIX Fold 2 mungkin akan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, bersaing dengan peranti seperti Samsung Galaxy Z Fold4. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd