Prestasi Grafik Apple M2 Dilihat Menewaskan AMD Didalam Permainan Rise of The Tomb Raider

Diterbitkan pada July 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Skor penanda-aras perkomputeran untuk cip pemprosesan terbaru Apple, iaitu Apple M2 telah tertiris tidak beberapa lama baru, tetapi tidak begitu menampakkan prestasi grafik cip pemprosesan ini.

Terkini, saluran YouTube Hardware Unboxed telah menggunakan sebuah komputer riba MacBook Pro 13 yang menggunakan cip pemprosesan M2 ini untuk menggerakkan sebuah permainan komputer yang agak popular untuk tujuan menanda-aras prestasi grafik, iaitu Rise of The Tomb Raider.

Saluran tersebut juga menggunakan sebuah komputer riba dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 6800U yang juga mempunyai kad grafik AMD Radeon 680M. Perbezaan dari segi penawaran kedua-dua cip pemprosesan ini ialah cip grafik pada M2 hadir dengan 10 teras grafik bersama prestasi 3.6 teraflop, manakala AMD Radeon 680M, cip grafik terbina paling berkuasa AMD mempunyai 12 teras RDNA2 dengan jumlah prestasi teraflop yang lebih kurang sama.

Dalam ujian grafik Rise of The Tomb Raider, cip grafik Apple M2 memperlihatkan jumlah FPS yang sedikit lebih tinggi berbanding AMD Radeon 680M dalam ketiga-tiga mod tetapan grafik yang berbeza pada resolusi 1920×1200.

Ini dilihat cukup menarik khususnya kerana cip pemprosesan Apple M2 tidak dioptimasikan untuk tujuan gaming kerana tidak banyak syarikat yang membangunkan permainan untuk tujuan digerakkan pada peranti-peranti seperti Apple MacBook.

Komputer riba Apple MacBook Pro 13 dengan cip Apple M2 sudahpun boleh dibeli di pasaran tempatan sekarang, manakala pra-tempahan untuk Apple MacBook Air dengan cip yang sama akan dibuka bermula hari esok, 8 Julai 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami