Cari @ Amanz

Modul RAM LPDDR5X mula dikeluarkan Samsung pada November tahun lalu. Tetapi telefon pintar pertama yang akan menggunakan LPDDR5X ialah Realme GT2 Master Explorer. Imej promosi rasmi untuk peranti mercu ini mengesahkan penggunaannya.

Selain menggunakan memori LPDDR5X, peranti ini akan turut dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan skrin 120Hz. Sebelum ini rekaan peranti ini telah diperlihatkan dengan tubuh hadir dengan dua tona yang menarik dipadankan dengan sistem tri-kamera salah satunya 50MP. Peranti akan dilancarkan pada 12 Julai hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd