Tecno Camon 19 Neo Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada RM849

Diterbitkan pada July 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bukan satu malahan dua peranti baharu Tecno yang diperkenalkan di Malaysia pada hari ini. Dikenali sebagai Tecno Camon 19 Neo, ia lengkap dengan spesifikasi kelas pertengahan menerusi cip MediaTek Helio G85. Di samping itu, ia turut dipadankan dengan kamera 48MP dan bateri 5000mAh. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM849 dengan dua pilihan warna seperti Eco Black dan Ice Mirror.

Untuk spesifikasi, Tecno Camon 19 Neo didatangkan dengan kapasiti bateri berkapasiti besar 5,000mAh. Turut melengkapi peranti ini adalah skrin 6.8-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 48MP + 2MP + QVGA, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 32MP. Cip MediaTek Helio G85 turut digunakan dengan padanan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

komen


© Amanz / 2022 Kami