Vivo Y77 baru sahaja diumumkan dan ia hadir dengan perkakasan dalaman berbeza mengikut pasaran. Misalnya seperti di China, ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 930, sementara itu pasaran Malaysia pula dilengkapi MediaTek Dimensity 810. Di samping itu, perbezaan lain yang turut boleh dilihat dengan jelas adalah bateri dengan sistem pengecasan pantas 80W dan skrin 120Hz.
Bercakap lebih khusus mengenainya, Vivo Y77 5G versi China menggunakan skrin sebesar 6.64-inci LCD dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga antara peranti terawal yang dilengkapi cip MediaTek Dimensity 930, kemudian padanan memori pula sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB.
Bateri 5000mAh turut dimuatkan dengan sistem pengecasan pantas 80W. Ini sekaligus menjadikan ia antara peranti terawal di bawah siri Vivo Y yang menyokong. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 50MP+2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8MP. Untuk harga, ia dijual bermula RMB1,799 (~RM1,187) dengan pilihan warna seperti hitam, putih dan biru.