“SuperMoon” Boleh Dilihat Pada 13 Julai 2022 – Kedudukan Bulan Paling Dekat Dengan Bumi

Diterbitkan pada July 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, kita telah melihat fenomena kedudukan Matahari dan Bumi yang paling dekat. Sama seperti orbit Bumi, Bulan juga mengelilingi Bumi dalam orbit berbentuk elips. Ini sekaligus membuatkan jarak antara Bulan dan Bumi sentiasa berubah-ubah dari hari ke hari.

Mengikut apa yang dicatatkan setakat ini, jarak purata paling jauh antara Bulan dan Bumi adalah 405,504km dan dikenali sebagai apogee. Jarak purata paling dekat pula adalah sekitar 363,396km yang dikenali sebagai perigee.

Dalam masa terdekat, kita akan dapat melihat fenomena kedudukan paling dekat, iaitu perigee berlaku pada 13 Julai 2022 ini, jam 5.09 petang waktu Malaysia.

Ketika itu, Bulan akan berada pada kedudukan paling dekat, dengan jarak dianggar sekitar 357,263km.

Selari dengannya, kita akan melihat Bulan kelihatan lebih besar daripada biasa, atau turut dikenali ramai sebagai “Supermoon”.

komen


© Amanz / 2022 Kami