Carian
Nothing Phone (1) Tidak Akan Menawarkan Pengecas Dalam Kotak
July 9, 2022 Aman

Nothing Phone (1) bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan. Selari dengannya, beberapa info berkaitan telefon pintar tersebut telah mula kedengaran, dan kini melalui video terbaru daripada seorang pengulas, ia turut memperlihatkan Nothing tidak akan menyertakan pengecas dalam kotak.

Nothing Phone (1) ini akan hadir dijana dengan cip Snapdragon 778G+, selain dwi-kamera pada bahagian belakang. Ia juga mencuri perhatian melalui penyertaan pencahayaan LED unik pada bahagian belakang.

Ia tidak diketahui lagi sama ada tidak menyertakan pengecas ini akan memberikan kesan kepada pembeli atau tidak. Pada hari ini, beberapa pengeluar telah mula tidak menyertakan pengecas pada peranti, tetapi ini kali pertama seseorang pengeluar tidak menyertakan pengecas pada peranti pertama keluaran mereka.

Apa kata anda berkenaan langkah Nothing ini?

Komen