Xiaomi 12 Lite Dilancarkan Dengan Skrin 120Hz Dolby Vision Dan Snapdragon 778G

Diterbitkan pada July 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi 12 Lite telah dilancarkan sebagai model kemas kini untuk Xiaomi 11 Lite 5G NE 5G . Walaupun menggunakan nama baharu, 12 Lite mengekalkan penggunaan cip Snapdragon 778G seperti 11 Lite 5G. Spesifikasi lain ialah skrin 6.55″ AMOLED yang menyokong mod HDR Dolby Vision.

Ini dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, dan bateri sebesar 4300 mAh dengan pengecasan pantas 67W. Kamera utama menggabungkan sensor 108MP sudut lebar, 8MP ultra sudut lebar dan 2MP makro sementara kamera hadapan pula sebesar 32MP dalam lubang kamera. Sensor 108MP adalah Isocell HM2 yang dikeluarkan oleh Samsung.

Peranti menggunakan Android 12 dengan pelancaran MIUI 13. Tiada bicu audio dan tiada sokongan penambahan memori menggunakan kad mikrSD. Tetapi sebuah pemancar infra merah dan NFC diberikan. Harga jualan peranti bermula daripada $400 (~RM1770) untuk 6/128GB dan meningkat ke $500 (~RM2213) untuk 8/256GB.

komen


© Amanz / 2022 Kami