Cari @ Amanz

Kita tidak lagi dapat melarikan diri daripada dicemari plastik nampaknya. Saintis dari Vrije Universiteit Amsterdam telah menemukan pula partikel plastik mikro dalam daging, darah dan susu haiwan ternakan yang diuji di makmal.

Dalam ujian yang dilakukan partikel plastik ditemukan pada 100% sampel makanan haiwan ternakan, sampel darah lembu dan juga khinzir. Sementara plastik ditemukan dalam 72% sampel susu dan 75% sampel daging. Walaupun ujian masih di peringkat awal, keputusan yang dicatatkan masih lagi merisaukan kerana kesan jangka panjang plastik dalam tubuh manusia masih belum diketahui sepenuhnya.

Sebelum ini partikel plastik telah ditemukan dalam darah dan paru-paru manusia buat pertama kali. Ia juga ditemukan di permukaan laut paling dalam serta Antartika. Disebabkan isu inilah terdapat pergerakan untuk menghentikan penggunaan plastik guna-sekali di peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd