Cari @ Amanz

Sebentar tadi, kami baru sahaja melaporkan yang mana Realme dalam persediaan untuk pengenalan peranti baharu di bawah siri-C. Peranti berkenaan kini telah diumumkan secara rasmi dan ianya adalah Realme C30. Bagi yang berminat, ia boleh didapati pada harga RM429 (3GB/32GB) dan RM499 (4GB/64GB). Jualan pertama bermula pada 16 Julai 2022 menerusi pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

Realme C30 dilengkapi skrin 6.5-inci FHD+ dengan padanan cip Unisoc T612. Kapasiti memori pula sehingga 4GB dengan storan dalaman mencapai 64GB. Bateri 5000mAh dengan port pengecasan mikro-USB turut digunakan pada peranti. Sementara itu, kamera utama terdiri dengan 8MP dan kamera swafoto pula sebesar 5MP. Perisian yang digunakan adalah Realme UI Go Edition berasaskan Android 11 terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd