Carian
Projek Pembangunan Kereta Apple Dilaporkan Bermasalah
July 12, 2022 Effi Saharudin

Apple sedang membangunkan kereta elektrik swapandu pertama mereka yang diberikan nama Projec Titan. Selepas lapan tahun, rekaannya masih lagi misteri dengan tidak banyak maklumat kukuh mengenainya dikongsi secara umum. Menurut laporan The Information minggu ini, projek yang sudah berlarutan selama lapan tahun ini sedang mengalami pelbagai masalah dalaman.

Apple Store Kereta

Masalah pertama ialah hala tuju produk sentiasa bertukar-tukar. Kerana kurangnya fokus, jumlah kakitangan yang meninggalkan projek juga agak tinggi berbanding perniagaan Apple yang lain. Dalam laporan yang sama, Craig Feederighi yang merupakan timbalan presiden kejuruteraan perisian Apple turut dikatakan tidak mempercayai Projec Titan akan berjaya.

Sebuah lagi isu yang dihadapi ialah masalah pada perisian swapandu yang sedang dibangunkan. Dala ujian yang telah dilakukan di atas jalan raya, berlaku insiden kereta tidak berhenti apabila seorang pelari melintas jalan. Ia hanya cuba mengubah haluan sebelum tindakan diambil pemandu manusia menghentikan kenderaan.

Kereta Apple

Isu lain ialah rekaan tanda stereng dan pedal brek yang ingin digunakan oleh Apple. Jony Ive terlibat dengan Projek Titan beliau ingin kereta pertama Apple mempunyai rekaan yang lain daripada yang lain. Turut ingin diberikan ialah kokpit membenarkan empat kerusi diputarkan supaya empat penumpang boleh duduk bertentangan ketika kereta dala mod swapandu.

Pelbagai isu ini perlu diselesaikan sebelum kereta pertama dijual kepada orang ramai. Mungkin kerana isu yang sama, CFO BMW pernah dipetik tidak hilang tidur dengan kemasukan Apple dalam industri automotif.

Komen