Carian
Nothing Phone (1) Berharga Bermula RM2399 Di Malaysia
July 13, 2022 Aman

Nothing hari ini telah melancarkan telefon pintar pertama mereka secara rasminya, dinamakan sebagai Nothing Phone (1). Selari dengannya, kini ia turut disahkan akan memasuki pasaran Malaysia, dan kini halaman pra-tempahan untuknya telah aktif.

Melalui apa yang dipaparkan, terdapat tiga model telefon Nothing Phone (1). Model paling asas hadir dengan memori 8GB RAM + 256GB storan pada harga RM2399.

Sementara model 12GB RAM + 256GB storan pula ditawarkan pada harga RM2699. Harga jualan untuk model 8GB RAM dan 128GB tidak disenaraikan – berkemungkinan tidak ditawarkan.

Nothing Phone (1) hadir dengan cip Snapdragon 778G+, dilengkapi skrin 120Hz OLED, serta dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP. Ia turut menarik perhatian ramai melalui penyertaan LED pada bahagian belakang yang boleh diselarikan menggunakan tetapan dalam peranti berkenaan.

Jadi, pada harga ini, adakah anda akan mendapatkan telefon pintar Nothing ini kelak? Sekiranya anda berminat, boleh melakukan pra-daftar minat pada laman rasmi Nothing hari ini.

Komen