Cari @ Amanz

Dengan peranti telah dilancarkan secara rasmi lewat malam semalam, pasti ramai yang agak teruja dengan Nothing Phone (1). Peranti ini amatlah unik kerana mempunyai sistem lampu pada panel belakang dan penggunaan cip Snapdragon 778G+ yang tidak kerap digunakan. Perkakasannya menarik tetapi bagaimana pula dengan perisian?

Menurut laman rasmi Nothing, Phone (1) akan menerima kemas kini tiga versi Android dan tampalan sekuriti pula selama empat tahun setiap empat bulan. Ini adalah sekadar sokongan yang sama sahaja dengan majoriti pengeluar peranti Android tetapi masih tidak sebaik yang ditawarkan oleh Apple dan Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd