Cari @ Amanz

Rekaannya baru sahaja tertiris menerusi video promosi pendek, kini giliran tarikh pelancaran rasminya pula dikongsi. Peranti yang dimaksudkan adalah ASUS Zenfone 9 dan pelancarannya telah dijadualkan bakal berlangsung pada 28 Julai 2022.

Penggunaan tagline “Compact Size. Big Possibilities” jelas menunjukkan peranti kelak akan dipasarkan sebagai peranti yang padat dan premium. Laman iklan rasmi turut telah diterbitkan, namun masih tidak diketahui berapakah bilangan model yang bakal diumumkan kelak. Selain itu, maklumat berkaitan perkakasan dalaman peranti turut tidak didedahkan melaluinya.

Namun begitu, video promosi sebelum ini dilihat telah mendedahkan sebahagian spesifikasinya. Ini termasuklah penggunaan cip Snapdragon 8+ Gen 1, kamera 50MP, skrin AMOLED sebesar 5.9-inci, gimbal 6 paksi, bateri 4300mAh, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan penarafan kalis air IP68.

Bagi melihat sejauh mana kebenarannya, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak. Kami di Amanz akan mengemaskini mengenainya untuk perkongsian bersama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd