Ray-Ban Stories Kini Boleh Digunakan Untuk Jawab Panggilan WhatsApp

Diterbitkan pada July 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ray-Ban Stories merupakan salah satu kaca mata yang dibangunkan hasil kerjasama Meta bersama Ray-Ban. Ia pada awalnya menyertakan sokongan untuk pengguna merakamkan gambar dan berkongsi terus ke laman sosial Facebook, selain mendengar lagu serta beberapa perkara lain melaluinya.

Kini, melalui kemaskini terbaru, Ray-Ban Stories turut menyertakan beberapa ciri menarik, dan salah satunya adalah untuk membuat panggilan suara melalui WhatsApp.

Ray-Ban Stories

Disamping itu, kaca mata pintar ini juga turut boleh membacakan mesej dari WhatsApp kepada anda. Mark Zuckerberg mengatakan kelak pengguna turut boleh membalas mesej WhatsApp dengan membacakan terus menggunakan arahan suara.

Apa pun, salah satu perkara yang mendukacitakan buat masa ini adalah Ray-Ban Stories tidak ditawarkan di Malaysia secara rasminya lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami