Cari @ Amanz

Kementerian Kewangan India mendakwa agensi anti penyeludupan mereka menemui bukti bahawa Oppo India terlibat dalam percubaan cuba mengelak cukai bernilai 43.98 bilion Rupee (~RM 2.4 bilion). Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Oppo India didakwa cuba menyorokkan nilai komponen yang alatan yang diimport masuk ke India.

Selain itu nilai lesen yang dibayar kepada pemegang lesen di luar negara semasa mengimport komponen turut gagal diisytiharkan. Oppo India telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat melakukan kesilapan dan telahpun melakukan pra-pembayaran berjumlah 4.5 bilion Rupee (~RM250 juta).

Oppo bukan syarikat pertama yang disiasat oleh kerajaan India sejak berlaku pertelagahan dengan China pada tahun 2020. Mei lalu pihak berkuasa India merampas RM3.2 bilion daripada Xiaomi kerana tuduhan melanggar undang-undang pertukaran wang asing. Akaun bank, wang tunai dan jongkong emas milik Vivo India juga dibekukan sebelum ini kerana turut dituduh melakukan kesalahan yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd