Obor-Obor, Halia Dan WiFi Antara 31 Calon Emoji Baharu Untuk Tahun 2022

Diterbitkan pada July 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Senarai calon-calon emoji baharu yang akan diperkenalkan di bawah Unicode 15 telahpun diumumkan. Sebanyak 31 emoji disenaraikan seperti itik, burung gagak, obor-obor, WiFi dan halia dimasukkan ke senarai draf terakhir. Keputusan muktamad senarai Unicode 15 akan diumumkan pada September 2022.

Calon emoji baharu untuk tahun 2022 adalah lebih rendah berbanding 102 yang dicalonkan untuk Unicode 14 tahun lalu. Dari 31 emoji ini, 12 adalah variasi warna kulit untuk emoji telapak tangan kiri dan telapak tangan kanan. Jumlah emoji baharu yang akan diperkenalkan akan menjadi semakin kecil kerana Unicode tidak lagi menerima pencalonan untuk bendera baharu dan kini sudahpun terdapat 3633 emoji yang disokong.

komen


© Amanz / 2022 Kami