Lenovo Mengacah Rekaan ThinkPad X1 Fold Baharu Dengan Bezel Lebih Nipis

Diterbitkan pada July 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ThinkPad X1 Fold dilancarkan oleh Lenovo pada tahun 2020 sebagai komputer riba skrin boleh lipat pertama di pasaran. Sungguhpun begitu bezel dan tubuhnya yang tebal membuatkan ia masih belum mampu bersaing dengan komputer riba konvensional yang lebih nipis.

Terkini Lenovo berkongsi video acah inovasi komputer riba yang turut memperlihatkan rekaan sebuah peranti skrin boleh-lipat yang mungkin adalah ThinkPad X1 Fold 2. Bezel peranti nampak lebih nipis dengan papan kekunci yang hadir dengan tombol navigasi merah yang ikonik untuk siri ThinkPad.

Tiada tarikh mengenai bila komputer riba ini akan dilancarkan tetapi secara lazimnya Lenovo memperlihatkan model terkini mereka di acara IFA Berlin pada penghujung Ogos.

komen


© Amanz / 2022 Kami