Oppo Pad Air Dan Enco Air2 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Seiring Dengan Siri Reno8 5G

Diterbitkan pada July 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo telah mengesahkan yang mana siri Reno8 bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kini, tarikh pelancarannya telah dikongsi dan ia dijadualkan berlangsung pada 21 Julai 2022.

Melihat perkongsian di laman web rasmi, terdapat sekurang-kurangnya dua model yang bakal diumumkan – ianya terdiri dengan Oppo Reno8 dan Oppo Reno8 Pro. Sesi pra-tempah untuk kedua-duanya juga kini telah dibuka dengan wang pendahuluan sebanyak RM100 yang perlu dibayar.

Acara pelancaran ini bagaimanapun tidak terhad kepada telefon pintar sahaja. Malahan, tablet Oppo Pad Air dan fon telinga Oppo Enco Air2 Pro akan turut sama diumumkan. Bertemakan Oppo Tech Auturm Launch, pengenalan kesemua produk ini sekaligus menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Seperti biasa, segala persoalan mengenai kesemua produk bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak. Kami di Amanz turut akan mengemaskini mengenainya untuk perkongsian bersama.

komen


© Amanz / 2022 Kami