Peranti Oppo Find X5 Pro dilancarkan di Malaysia pada Mei lalu dengan Snapdragon 8 Gen 1 Tetapi kini kedengaran ura-ura Oppo akan melancarkan sebuah model baharu untuk siri ini dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Sekiranya semuanya berjalan lancar peranti kemas kini ini akan dilancarkan pula pada bulan Ogos.
Beberapa pengeluar peranti Android telahpun mula menawarkan peranti dengan Snapdragon 8+ Gen 1 sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Cip ini menawarkan peningkatan prestasi berbanding Snapdragon 8 Gen 1. Selain ini peranti skrin boleh-lipat Oppo Find N2 juga dipercayai akan dilancarkan dengan menggunakan sistem operasi ColorOS 13. Sejauh mana kebenaran ura-ura ini akan hanya diketahui pada bulan hadapan.