Apple Yakin Jualan iPhone 14 Akan Lebih Laris Berbanding iPhone 13
Fahim Zahar
Biasanya sekitar 2-3 bulan sebelum iPhone baru dilancarkan, jualan iPhone akan menurun kerana ramai ingin tunggu terus iPhone generasi baharu atau model lama turun harga. Untuk iPhone 13, setakat bulan ini – jualan dikatakan 1/3 lebih tinggi berbanding tahun lepas pada bulan yang sama.
Ini secara tidak langsung membuatkan Apple yakin yang iPhone 14 yang akan dipadatkan dengan ciri dan fungsi baharu serta rekaan yang mungkin sedikit berlainan akan menjadi laris berbanding iPhone 13. Apple juga dilaporkan sudah memulakan perancangan untuk produksi iPhone 14 dimulakan pada bulan Ogos nanti.
Apple turut memberitahu pembekal yang mereka yakin iPhone 14 akan lebih laris berbanding iPhone 13. Tidak pasti bagaimanakah pengguna iPhone di Malaysia akan menerima model baharu, kerana Apple dilaporkan Apple akan menggunakan cip yang sama sahaja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.