Carian
Kecerdasan Buatan Make-A-Scene Oleh Meta Menghasilkan Imej Daripada Teks Dan Lakaran
July 15, 2022 Effi Saharudin

Beberapa minggu yang lalu, kecerdasan buatan Dall.E mendapat perhatian ramai kerana kemampuannya menghasilkan gambar dari teks yang dimasukkan oleh pengguna. Meta AI mengumumkan mereka turut mempunyai kecerdasan buatan dengan kemampuan yang sama dengan penambahan ciri menghasilkan gambar juga daripada lakaran yang dihasilkan pengguna.


Kecerdasan buatan Make-A-Scene mempunyai kemampuan menghasilkan gambar dengan ketepatan 99.54% apabila menerima input teks dan lakaran berbanding 66.3% dengan hanya input teks. Pada waktu ini Make-A-Scene telah digunakan oleh artis untuk merealisasikan apa yang difikirkan ke kepala menjadi imej. Ia menjadi imej segi empat sama dengan resolusi 2048 x 2048 pixel.

Meta AI melihat Make-A-Scene boleh digunakan untuk menghasilkan imej 3D daripada lakaran 2D di masa hadapan. Kemampuannya mirip dengan Builder Bot yang diperlihatkan dalam metamesta yang menghasilkan model 3D berdasarkan arahan suara pengguna.

Komen