Wing Memperlihatkan Rekaan Beberapa Dron Untuk Keperluan Membawa Kargo Berbeza

Diterbitkan pada July 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Wing ialah anak syarikat Alphabet dengan kepakaran menghasilkan dron khusus untuk keperluan membawa kargo di masa hadapan. Sejak memulakan operasi pada tahun 2014 di bawah projek Google X, mereka telah memulakan ujian ke atas dron Hummingbird yang boleh menghantar kargo seberat 1.1 kilogram.

Dengan data yang dikumpul, Wing kini memperlihatkan pula “pustaka dron” mereka yang terdiri daripada tiga lagi dron dengan keperluan membawa dron yang berbeza. Dron paling kecil dalam koleksi ini ialah direka untuk penghantaran kargo ringan seperti ubat dari farmasi ke rumah. Ia tidak memerlukan kipas terbang menegak dan tujahan hadapan yang banyak. Untuk perjalanan lebih jauh, dron dengan sayap lebih panjang turut dibangunkan.

Tetapi data turut menunjukkan purata berat bungkusan yang dihantar adalah seberat 2.3 kilogram makan dron lebih besar daripada Hummingbird diperlukan. Dron lebih besar ini mempunyai tubuh lebih besar dan konfigurasi kipas yang berganda.

Walaupun mempunyai rekaan tubuh dan konfigurasi berbeza, kesemua dron Wing menggunakan komponen motor elektrik serta komputer kawalan yang sama. Ini bagi memudahkan proses menukar ganti dan mengubah konfigurasi mengikut keperluan.

komen


© Amanz / 2022 Kami