Google Akan Hadir Dengan Logo Baharu Untuk Play Store

Diterbitkan pada July 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Play Store adalah gedung aplikasi yang digunakan untuk peranti yang menjalankan sistem operasi Android dengan sokongan GMS. Play Store sudah melalui banyak versi dan banyak kali dikemaskini. Versi web baru-baru ini dikemaskini dengan antaramuka mirip pada Play Store di Android.

Google kelak akan menggunakan logo baharu untuk Play Store. Mereka baru sahaja mendaftarkan paten logo ini di laman paten Amerika Syarikat USPTO. Ia masih menggunakan rekaan segi tiga yang kita semua kenal, tetapi ia dilihat mempunyai bucu yang lebih bulat dan penggunaan warna yang lebih gelap.

Masih tidak pasti lagi, bila Google akan menggunakan logo baharu ini pada semua perkhidmatan mereka. Logo ini sudah mula digunakan pada aplikasi GPay dan Google Pay jika dua perkhidmatan ini digunakan untuk membayar sesuatu di Play Store. Warna baharu ini selari dengan logo perkhidmatan berbayar mereka lain seperti Google One.

komen


© Amanz / 2022 Kami