Nothing Phone (1) Bakal Menerima Sokongan Custom ROM Paranoid Android Secara Rasmi

Diterbitkan pada July 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bukan syarikat Carl Pei kalau tidak memberi kebebasan pengguna untuk menggunakan produk yang dikeluarkan. Seperti OnePlus, peranti Nothing turut bebas untuk pengguna ubahsuai dari segi menyahkunci OEM dan menukar ROM.

Beberapa hari selepas Nothing Phone (1) dilancarkan, Nothing telah berkongsi kod kernel Nothing OS mereka kepada umum melalui GitHub. Dengan kod kernel bebas diakses oleh semua orang, pembangun bebas boleh hadir dengan custom ROM tersendiri dengan ciri-ciri Nothing OS boleh digunakan.

Terkini, Paranoid Android yang dulu kerap bekerjasama dengan Carl Pei untuk peranti OnePlus sejak zaman OnePlus One lagi akan menawarkan Paranoid Android Sapphire untuk Nothing Phone (1). Ini bermakna, Nothing Phone (1) ada potensi untuk bertahan lebih lama, dengan sokongan komuniti dan pembangun bebas.

Kelak jika anda sudah beli Nothing Phone (1) pada harga RM2,399 adakah anda akan cuba tukar ROM? Selain Paranoid Android, LineageOS turut dijangka akan menawarkan sesuatu untuk peranti ini juga.

komen


© Amanz / 2022 Kami