Cari @ Amanz

Blackpink adalah kumpulan penyanyi Korea Selatan yang cukup popular sehingga peminat mereka digelar sebagai Blink. Populariti mereka ini turut digunakan untuk promosi pelbagai produk seperti peranti Samsung dan turut pernah mengeluarkan lagu dalam permua PUBG Mobile.

Meneruskan kerjasama mereka dengan PUBG Mobile, Blackpink akan mengadakan konsert maya dalam permua ini. Melalui PUBG Mobile, Blackpink akan melakukan persembahan mereka dalam dua sesi iaitu pada 22-24 Julai dan juga 30 – 31 Julai.

Menariknya, para pemain PUBG Mobile dan peminat Blackpink turut boleh sertai pesta tontotan atau Watch Party yang akan dianjurkan pada 23 Julai di PJPAC 1 Utama. Anda boleh menikmati konsert maya ini pada skrin besar dengan audio yang imersif.

Walau bagaimanapun, kemasukan untuk Watch Party ini adalah terhad. Kepada yang berminat anda perlu daftar untuk sertai melalui pautan di bawah;

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd