Crunchyroll Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM9 Sebulan

Diterbitkan pada July 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Crunchyroll, salah satu perkhidmatan penstriman dan langganan anime serta manga yang dimiliki oleh Sony, kini memperkenalkan khidmat langganan mereka di Malaysia dengan menggunakan matawang tempatan, bermula RM9 sebulan.

Sebanyak tiga pelan ditawarkan, iaitu RM9 sebulan untuk satu peranti dan akses kepada pustaka Crunchyroll, RM11 untuk 4 peranti dan akses kepada pustaka Crunchyroll, dan akhir sekali adalah tahunan sebanyak RM111 setahun.

Walaubagaimanapun, jumlah kandungan yang ditawarkan pada hari ini masih terhad dan tidak banyak seperti pada Netflix, iQiyi, atau yang baru diperkenalkan di Malaysia tempoh hari, iaitu BiliBili.

komen


© Amanz / 2022 Kami