Lagi Ura-Ura Mengatakan Samsung Galaxy S22 FE Telah Dibatalkan

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jun lalu mula kedengaran ura-ura Samsung mungkin membatalkan Galaxy S22 FE tahun ini kerana masalah rantaian bekalan dan juga ketidakstabilan ekonomi. Hari ini menurut laporan The Elec, sekali lagi peranti ini dikatakan akan dibatalkan tetapi atas sebab yang berbeza.

Permintaan yang tinggi untuk Galaxy S22 Ultra dikatakan menyebabkan Samsung tidak akan mengeluar Galaxy S22 FE. Dengan permintaan yang tinggi, Samsung ingin menjual sehingga 10 juta unit Galaxy S22 Ultra. Walaupun tidak dikeluarkan tahun ini, Samsung dipercayai akan mengeluarkan Galaxy S23 FE pada tahun hadapan.

Tahun ini misalnya Galaxy S21 FE dilancarkan beberapa bulan lewat setelah ura-ura mengatakan ia dibatalkan kerana isu kekurangan cip. Siri Galaxy FE popular di kalangan peminat peranti Samsung kerana ditawarkan pada harga lebih mampu milik berbanding siri Galaxy S biasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami