Huawei MatePad Pro Dan MateBook X Pro Baharu Bakal Diperkenalkan Pada 27 Julai

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei merupakan antara pengeluar yang sering hadir dengan penawaran tablet dan komputer riba terkini. Dalam perkembangan terkini mereka dalam persediaan untuk pengenalan Huawei MatePad Pro dan Huawei MateBook X Pro baharu di mana acara pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada 27 Julai 2022.

Tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi buat masa ini. Bagaimanapun, Huawei MatePad Pro baharu bakal dilengkapi skrin 11-inci dengan padanan modul kamera berbentuk bulat di belakang. Sementara itu, MateBook X Pro pula dilihat akan mempunyai tubuh nipis seumpama yang terdapat pada beberapa model MateBook sedia ada. Kedua-duanya juga kelak akan menyokong sistem operasi baharu Harmony OS 3 yang turut akan diumumkan secara umum pada hari yang sama.

Hanya berbaki kira-kira seminggu lagi sebelum pelancaran rasmi berlangsung, kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat lanjut yang bakal dikongsi oleh Huawei dalam masa terdekat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami