Imej Pengolokan Tertiris Asus Zenfone 9 Memperlihatkan Peranti Mercu Dalam Saiz Kompak

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa minggu lepas, kewujudan peranti Asus Zenfone 9 telah tertiris. Ia adalah sebuah peranti mkercu bersaiz kompak dengan saiz skrin 5.9-inci dan 120Hz, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, menggunakan konfigurasi dwi-kamera dengan gimbal hibrid 6-paksi, ada perlindungan IP68, bateri 4300mAh dan speaker stereo.

Asus Zenfone 9 juga dilengkapi dengan butang fizikal Zen Touch untuk menatal skrin pada butang. Peranti ini mungkin akan diperkenalkan pada bulan Ogos akan datang. Baru-baru ini, imej pengolokan untuk peranti ini telah tertiris memperlihatkan rekaan yang sangat kami di Amanz tidak sabar untuk mengujinya kerana sudah sekian lama tidak menguji peranti mercu kompak.

Peranti ini dilihat menggunakan rekaan yang ringkas, kemas dan nampak cantik. Skrin mempunyai lubang skrin dan bezel nipis dengan dagu sedikit tebal, di atas masih ada port bicu audio 3.5mm dan di sisi kanan ada butang kuasa yang juga adalah Zen Touch bersama-sama dengan butang aras suara.

Panel belakang dilihat mungkin menggunakan kemasan kusam untuk warna hitam. Ini akan memberi cengkaman lebih baik dan keselesaan apabila berada di tangan. Dua kamera boleh dilihat dengan saiz yang agar besar terjojol keluar. Turut kelihatan adalah tulisan mengenai kamera 50MP, nombor 09 dan juga jenama Asus Zenfone.

Harap harga jualan peranti ini munasabah. Kerana jika ia berbaloi untuk dimiliki, peranti ini ada potensi menjadi pembunuh peranti mercu baharu untuk tahun 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami