Cari @ Amanz

Netflix hari ini mengumumkan mereka kehilangan 970,000 pelanggan berbayar pada suku kedua 2022 tetapi masih lagi mencatatkan pendapatan $7.97 bilion. Jumlah pelanggan yang hilang adalah lebih rendah berbanding ramalan awal sekitar 2 Juta. Pendapatan juga meningkat 8.6% berbanding suku yang sama tahun lalu. Secara keseluruhan Netflix kini mempunyai 220.67 juta pelanggan berbayar di seluruh dunia berbanding 221.64 juta pelanggan pada Q1 2022.

Netflix

Selepas pengumuman dilakukan, Saham Netflix meningkat sehingga 7%. Pada suku yang lalu selepas mereka mengumumkan kehilangan lebih 200,000 pelanggan – pengurangan pertama dalam masa sedekad – yang menyebabkan saham syarikat menjunam lebih 60%. Netflix meramalkan jumlah pelanggan akan meningkat ke 221.67

Sebagai langkah meningkatkan semula pelanggan, Netflix akan menawarkan pelan langganan dengan sokongan iklan pada awal 2023 dengan tidak semua katalog kandungan boleh diakses. Sementara itu di Amerika Latin amalan berkongsi kata laluan akan dapat dihalang dengan meminta pelanggan membayar lebih untuk menambah alamat lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd