Cari @ Amanz

Kerana nilai Bitcoin yang jatuh mendadak sejak lebih sebulan yang lalu, Tesla telah menjual 75% pegangan Bitcoin mereka yang bernilai $936 juta (~RM 4.1 bilion). Pegangan dilepaskan kerana selepas mengambil kira inflasi yang meningkat serta ketidaktentuan ekonomi global.

Sebelum ini Tesla membeli $1.5 bilion Bitcoin dan kemudiannya mengumumkan sokongan membeli sejumlah produk mereka menggunakan matawang kripto. Walaupun pegangan Bitcoin mula dilepaskan, Elon Musk berkata syarikat tidak menjual sebarang pegangan Dogecoin. Tesla masih mempunyai lebih $200 juta dalam bentuk aset digital.

Walaupun nilai Bitcoin berkurang lebih separuh sehingga sekitar RM80,000, ia mula menunjukkan tanda pemulihan dengan nilai melepas RM100,000 sejak tiga hari yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd