Elon Musk sebelum ini telah mengatakan mereka merancang menerima kriptowang Dogecoin untuk beberapa barangan cenderahati, dan hari ini, seperti dirancang, perkara berkenaan diperkenalkan melalui laman rasmi Tesla.
Dengan langkah ini, ia sekaligus membawa kepada penggunaan Dogecoin dalam membeli barangan. Untuk makluman, kriptowang ini telah dimulakan sebagai sebuah meme, dan kini ia mempunyai penggunaannya dalam jual-beli.


Melalui laman Tesla, anda boleh turut membeli Cyberquad pada 12,020 Doge, atau wisel Tesla pada harga 300 Doge.
Untuk makluman, sebelum ini Tesla turut menerima Bitcoin, tetapi menangguhkannya kerana kurang mesra alam, dan mengatakan akan menilai semula penggunaan Bitcoin kembali.