Carian
Samsung Dilaporkan Akan Membuang Sensor Kedalaman Pada Galaxy A54, A34 Dan A24
July 21, 2022 Effi Saharudin

Bulan lalu kami menerbitkan artikel bahawa penggunaan tri-kamera dan kuad-kamera pada peranti kelas permulaan serta pertengahan rendah adalah gimik yang merugikan pengguna. Kerap kali sensor makro dan pengesan kedalaman yang digunakan adalah berkualiti rendah sehingga langsung tidak digunakan. Adalah lebih baik menyertakan dwi-kamera yang baik berbanding kuad-kamera yang sederhana prestasinya.

Kini menurut laporan The Elec, Samsung akan menghentikan penggunaan sensor kedalaman pada Galaxy A54, Galaxy A34 dan Galaxy A24 di tahun 2023. Tindakan diambil selepas merasakan sensor ini hanyalah gimik yang tidak begitu bermanfaat. Disamping itu optimasi pada kamera utama dan pengurangan kos peranti dalam dilakukan oleh Samsung bagi memberikan persaingan kepada peranti dari China dalam segmen yang sama.

Diharap ura-ura ini menjadi kenyataan kerana gimik adalah satu pembaziran sedangkan sensor lebih baik boleh diberikan kepada sensor utama untuk prestasi fotografi lebih baik.

Komen