Malam tadi, Nothing secara rasminya melancarkan Nothing Phone (1) untuk pasaran Malaysia. Peranti ini dijual pada harga RM2,399 untuk model 8/128 GB dan akan ada pilihan 12/256 GB pada harga RM2,699.
Peranti ini sudah pun dijual di beberapa negara dan malam tadi, Nothing mula mengedarkan kemaskin pertama untuk sistem operasi yang digunakan pada peranti ini – Nothing OS. Kemaskini ini adalah untuk versi 1.1.0 yang mana peranti ini kini boleh memaparkan koleksi NFT melalui widget Web3, pemilik Tesla boleh menggunakan peranti ini untuk mengawal kereta masing-masing, dan kamera dikemaskini untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik.
Untuk kamera, ciri Glyph sebagai cahaya pengisi untuk kamera kini disokong dalam bentuk mod potret, hingar lebih kurang untuk mod malam, HDR pada suasana kurang cahaya juga ditambah baik, dan beberapa lagi ciri kamera lain.
Peranti ini turut dikemaskini kepada tampakan sekuriti Julai 2022 dan beberapa pepijat lain turut diperbaiki untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik. Kelas pada 1 Ogos, jika anda membeli peranti ini jangan lupa untuk kemaskini sebelum gunakannya sebagai peranti harian.